top of page

ABOUT

Hi, Selamat Datang !

Terima kasih kerana sudi untuk meluangkan masa anda untuk melihat wix kami. Kami merupakan pelajar Tahun 1, Fakulti Bahasa dan Komunikasi di bawah program Linguistik daripada Universiti Malaysia Sarawak. Tujuan wix ini ditubuhkan bagi menyiapkan projek di bawah kursus PBL 1163 iaitu kursus Pengenalan Antropologi Linguistik. Projek ini ditubuhkan untuk mengekalkan keunikan yang ada pada masyarakat Bidayuh di Sarawak. Masyarakat Bidayuh merupakan salah satu daripada 27 etnik yang ada di Sarawak. Bukan itu sahaja, masyarakat Bidayuh juga merupakan golongan etnik keempat terbesar jumlahnya di Sarawak selepas masyarakat Iban, Cina dan Melayu.  Oleh itu, wix ini ditubuhkan supaya masyarakat di luar sana mengetahui keunikan yang ada pada budaya orang Bidayuh. Kami mengharapkan agar wix ini dapat membantu anda untuk memahami dan mendalami budaya masyarakat Bidayuh ini. 

bottom of page