top of page

Alat Muzik dan Tarian Tradisional Kaum Bidayuh

Updated: Jul 10, 2020

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM BIDAYUH


Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan dan berperanan untuk menaikkan semangat dan mengusir roh jahat. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara ritual yang dijalankan oleh masyarakat Bidayuh.

Terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional yang telah dihasilkan oleh masyarakat Bidayuh di Sarawak. Antaranya:



1. Piretong @ pratuong

Sumber: Google


- Piretong merupakan alat muzik kaum Bidayuh yang diperbuat daripada buluh yang mempunyai panjang lebih kurang dalam 2 kaki lebih dan di tebuk sedikit seterusnya di raut sehingga sebesar tali bass mengikut note yang tetapkan oleh pembuat, dan diletakan fret diantara tali bagi mengeluarkan note yang berlainan.

- Cara memainkan alat muzik ini: Ketuk menggunakan kayu yang berukuran sebesar ibu jari atau jari telunjuk sambil jemari sebelah yang lainnya akan memetik tali yang lain. Pada masa yang sama ada bahagian pada alat muzik ini perlu dipukul dengan tapak tangan bagi mengeluarkan bunyi seperti alat perkusi.

- Video di bawah menunjukkan pemain piretong yang terkenal dari Annah Rais iaitu Encik Arthur Bowan:


Sumber daripada: YouTube


2. Sebang


Sumber: Google


- Sebang merupakan sebuah alat muzik tradisional kaum Bidayuh yang diperbuat daripada sebatang pokok kayu dan batang tersebut ditebuk sehingga menjadi berlubang. Lubang tersebut kemudiannya ditutup menggunakan kulit binatang seperti kulit kambing atau kulit kerbau. Alat muzik ini dimainkan secara pukul menggunakan kayu.


3. Kiromboi

Sumber: Google


- Kiromboi berfungsi untuk memanggil hujan semasa musim kemarau pada zaman dahulu. Alat muzik ini diperbuat daripada dua buah kulit siput gergasi yang dilekat pada hujung buluh supaya dapat bersentuhan dan mengeluarkan bunyi. Kayu yang nipis diletakkan di tengah supaya dapat mengeluarkan bunyi seperti katak memanggil hujan.

  • Berikut merupakan video cara membuat Kiromboi:

Sumber daripada: YouTube


4. Tirari @ Seruling


Sumber: Google


-Buluh dipotong berbeza saiz dan panjang bagi mendapatkan nada yang berlainan dan bunyi yang dikeluarkan adalah berdasarkan saiz dan panjang buluh tersebut dipotong.


5. Dumbak


Sumber: Google


- Dumbak merupakan sebuah alat muzik tradisional yang diperbuat dari batang pokok yang di potong dan menggunakan kulit kambing, lembu dan kerbau. Berbeza dengan Sebang, dumbak boleh dimainkan secara solo atau dua orang pemain.

- Cara memainkan alat muzik ini: Dumbak dipukul menggunakan sebelah tangan dan sebelah rotan sambil duduk bertentangan dan bermain secara bertingkah dan mengikut rentak.


6. Gong


Sumber: Google


- Gong merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terkenal dalam alat muzik kaum Bidayuh dan menjadi lambang identiti masyarakat bidayuh yang kaya dengan ciri tersendiri di dalam pembentukan identiti kaum Bidayuh. Tanpa Gong, alunan muzik bagi suku kaum Bidayuh akan menjadi seolah-olah tidak lengkap.

- Setiap paluan gong juga dikatakan mempunyai maksud atau kegunaannya dan bukan digunakan untuk persembahan semata-mata. (Utusan Borneo, 2017)

 

TARIAN TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH





Selain terkenal dengan kewujudan alat muzik tradisonal, masyarakat Bidayuh di Sarawak juga terkenal dengan keunikkan tarian mereka tersendiri yang dipersembahkan bersama alunan bunyi yang dihasilkan menggunakan alat muzik tradisional ciptaan mereka.

Lazimmya, tarian masyarakat Bidayuh mempunyai kaitan dengan semangat padi. Tarian dipersembahkan oleh masyarakat Bidayuh bertujuan untuk memberi tanda kesyukuran terhadap hasil padi yang diperoleh pada setiap tahun.

Berikut merupakan tarian-tarian tradisional masyarakat Bidayuh:


  1. LANGGI PINGADAP


Sumber: Justina anak Daniel Sajat


- Langgi Pingadap merupakan tarian yang digunakan untuk menyambut tetamu yang datang dan biasanya dipersembahkan sebagai pembuka majlis dan seterusnya digunakan untuk memberi keberkatan pada para tetamu yang hadir.

  • Tarian ini juga mempunyai kaitan dengan budaya padi sebagai memberi tanda kesyukuran kepada Tuhan terhadap hasil padi yang diperoleh.

  • Menurut William Nais (1989), majlis sambutan ini dikenali sebagai Majlis Berantu. Selepas Majlis Berantu ini, semangat jahat itu akan dibuang ke dalam sungai. Walau bagaimanapun, Majlis Berantu ini sudah tidak diamalkan kerana pada masa ini kebanyakkan masyarakat Bidayuh mempunyai pegangan agama seperti agama kristian, islam dan sebagainya.

Sumber: YouTube


2. LANGGI PERANG

- Tarian ini ditarikan mengikut rentak "Gawai Borabun" dan Langgi Perang merupakan tarian popular bagi meraikan kemenangan pahlawan Bidayuh dalam menentang musuh pada zaman dahulu.


3. LANGGI ARUH

  • Langgi Aruh merupakan salah satu tarian yang digunakan untuk menunjukkan kemenangan pahlawan Bidayuh dan menggunakan rentak "Gawai Bidumbak".

  • Apabila tarian ini dipersembahkan, gong dipukul dengan lebih kuat untuk menghalau musuh dan roh-roh jahat yang mengganggu ketenteraman penduduk dan kawasan kampung.


Sumber: YouTube



4. LANGGI EMPUNJON


- Tarian ini menggambarkan larangan perkahwinan legenda di antaraAbang Dino dan adik perempuannya Dayang Siti. Ibu bapa dan penduduk kampung menentang akan "Masau Tiho". Mereka lari ke hutan dan telah menjadi monyet.

- Tarian ini dipersembahkan menggunakan alunan muzik "Gawai Tutok".


5. REJANG BEUH @ SIGAR BOUH


- Tarian ini ditarikan oleh dua orang penari lelaki ini dan bermula apabila seorang wira Bidayuh legenda, Madu Ujong telah diperintahkan oleh Raja bintang yang bernama pemuda untuk berjuang dengan burung legenda langit yang dikenali sebagai Tingkilang Raman atau Roh Eagle. Ini adalah untuk menentukan siapa yang mempunyai hak untuk mengambil Raja. Anak perempuannya, Dara Buda bagi seorang isteri. Madu Ujong dan Tingkilang Ramang kedua-dua penari ulung. (Tarian, 2016).

  • Penari-penari ini mula menari dari setiap hujung serambi, bergerak anggun ke arah satu sama lain dalam pelbagai gaya dan usul, berikutan irama muzik yang dipukul perlahan dan mantap menggunakan alat muzik tradisional kaum Bidayuh iaitu gong dan gendang. Setiap kali apabila mereka bertemu, mereka akan melakukan gerakan yang cepat seolah-olah mereka menyerang antara satu sama lain dalam perjuangan


Sumber: YouTube

6. TARIAN TOLAK BALA

- Sebelum bermulanya musim menuai, penduduk kampung mempersembahkan tarian ini untuk meminta keberkatan supaya diberi hasil padi yang bagus. Ini juga digunakan oleh penduduk kampung untuk meminta keberkatan dan menjaga kesejahteraan kampung.

Sumber: YouTube


7. LANGGI JULANG

- Dipersembahkan pada penutupan Hari Gawai & apabila ketua kampung yang baharu telah dilantik.

- Tarian ini digunakan untuk memberi tanda kesyukuran kepada Tuhan disamping memohon keberkatan hidup penduduk kampung supaya panjang umur dan kekal sihat.

Sumber: YouTube

 

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, setiap bangsa mempunyai kebudayaan yang unik dan saling berkerja keras mengekalkan kebudayaan sendiri agar mampu dijadikan tatapan generasi masa hadapan. Tarian dan muzik merupakan kombinasi yang unik dan tidak mampu dipisahkan, seharusnya dipelihara agar tidak pupus ditelan zaman. Melalui kajian ini mampu memberi kesedaran kepada generasi kini agar menyedari betapa penting memelihara tradisi sendiri.


 

RUJUKAN

Magiman, M. M., & Salleh, N. (2017). IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP.Borneo Research Journal,11, 46-59.


Orkestra Tradisional Malaysia. (2020) Alat Muzik Tradisional Kaum Bidayuh Bersama Leslie- Episod 3. Dimuat turun daripada https://www.facebook.com/watch/?v=1428154480689639

Tarian Suku Kaum Bidayuh Langgi Pinadap. (2016). Dimuat turun daripada https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=496243143888814&id=495294393983689


Utusan Borneo. (2017). Intangible Gong masyarakat Bidayuh di Sarawak. Dimuat turun daripada https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20170530/282471413814241


 

Link borang soal selidik:



Comments


bottom of page