Pengenalan
Sarawak merupakan negeri yang memiliki lebih daripada 30 etnik dan Bidayuh merupakan etnik kedua terbesar di Negeri Kenyalang selepas etnik Iban. ( Jehom, 2002 ). Masyarakat Bidayuh Serian terdiri daripada salah satu daripada empat sub golongan Bidayuh di Sarawak iaitu terdiri daripada Bidayuh Bukar Sadong atau digelar sebagai (Land Dayak) yang mendiami kawasan pedalaman dan tanah tinggi. Tanah merupakan aset penting bagi mereka dimana kaum ini bergantung penuh dengan tanah mereka sendiri yang diwarisi dari nenek moyang mereka untuk kelangsungan hidup, seperti bercucuk tanam dan tempat tinggal.(Syafiq Akmal Kasimun, 2014). Menurut Dapatan Sarawak (2013, dalam Syafiq Akmal Kasimun, 2014), “tanah yang dimiliki oleh kaum Bidayuh terdiri daripada tanah Pemakai Menoa (kawasan hutan dara), Temuda (tanah pertanian), Pendam (tanah perkuburan), dan Pulau (hutan tua). Etnik Bidayuh Serian juga merupakan salah satu etnik yang istimewa di Sarawak. Petempatan mereka terletak di Selatan Kuching Sarawak dan juga merupakan daerah yang dibawah pentadbiran Bahagian Samarahan (Novel et al, 2011). Dalam kajian ini, pengkaji memberi fokus untuk mengenali makanan tradisional kaum Bidayuh khususnya di daerah Serian. Di samping itu, pengkaji juga cuba memahami & mempelajari jika terdapat sesuatu baharu yang boleh dikupas mengenai makanan tradisional masyarakat Bidayuh Serian. Hal ini dikatakan demikian kerana kajian terhadap makanan tradisional kaum ini jarang dilakukan oleh para pengkaji. Kaum Bidayuh Serian sebenarnya memiliki masakan warisan istimewa yang diwarisi sejak turun temurun yang harus diperkenalkan kepada masyarakat luar. Walaubagaimanapun, sebelum diperkenalkan kepada masyarakat luar, para pengkaji ingin mengumpulkan informasi yang lengkap melalui dapatan kajian mereka untuk dijadikan tatapan ramai berkenaan dengan makanan tradisional kaum Bidayuh yang tertumpu kepada masyarakat Bidayuh di daerah Serian.
Informen
Nama : Agnes Anak Tasik
Umur : 56 Tahun
Kampung : Kpg Krosen, Jalan Mongkos, Tebekang, Daerah Serian, Kuching
Makanan Tradisional Masyarakat Bidayuh Serian
1. Iseh Tanek Santan ( Semut Merah Masak Lemak )
Sumber : Informan
Menurut Puan Agnes, makanan ini merupakan makanan eksotik masyarakat di daerah Serian, dimana ia bersumberkan Iseh( Semut Merah ) yang terdapat di dalam hutan dan selalu terdapat di atas dahan pokok. Menurut informan, sebelum mengambil sarang semut tersebut, pastikan guni dan air panas disediakan. Guni digunakan untuk menekup sarang semut tersebut agar tidak terburai dan terlepas manakala air panas digunakan untuk mematikan semut tersebut sebelum proses memasak. Menurut informan, selalunya pada waktu petang ketika pulang dari kebun, mereka gembira jika terjumpa sarang semut merah yang besar kerana ianya berisi dengan banyak semut dan sesuai dijadikan santapan keluarga. Santan yang digunakan juga merupakan santan buatan sendiri dan petuanya ialah harus diambil dari kelapa tua kerana kandungan santan kelapa muda adalah sedikit. Informan juga sempat mengongsikan pengalamannya dimana dia berkata bahawa Semut Merah tersebut berasa masam apalagi jika ia sedang bertelur dan Semut Merah ini senang didapati kerana kehadirannya tidak mengikut musim. Iseh Tanek Santan juga dihidangkan tidak mengikut waktu asalkan sumbernya didapati samada sedikit atau banyak. Berikut merupakan bahan-bahan yang digunakan serta langkah-langkah penyediaan Iseh Tanek Santan.
Bahan-bahan :
- Iseh ( Semut Merah ) [ Bergantung kepada jumlah yang didapati ]
- Santan Kelapa [ Secukupnya ]
- Tadeh Sungkoi ( Baki Nasi )
Kaedah Penyediaan :
1. Tuang air panas ke dalam guni yang berisi Semut Merah kemudian goncangkan guni untuk mengeluarkan Semut Merah dari sarang.
2. Cuci Semut Merah sehingga bersih.
3. Goreng Semut Merah sehingga garing kemudian masukkan santan kelapa dan tunggu sehingga mendidih.
4. Masukkan Baki Nasi secukupnya sehingga kembang seperti bubur dan sedia dihidang.
2. Bare Dayeh ( Beras Huma )
Sumber : I Love Bidayuh. ( 2015, 7 Februari ).https://web.facebook.com/pg/I-Love-Bidayuh-425432280943109/photos/?ref=page_internal[ Kemas kini Facebook ]
Menurut informan, ketika proses penanaman padi juga perlu mematuhi pantang larang yang ditetapkan. Misalnya, ketika proses nugal, kaum lelaki dalam sekumpulan petani tersebut harus menikam kasut atau selipar serta objek lain untuk mengusir roh-roh yang terdapat dikawasan tersebut dan untuk memberi tahu bahawa mereka ingin memulakan pekerjaan mereka. Menurut informan juga, ketika proses nugal pastikan tiada padi yang jatuh kerana menurut kepercayaan mereka, jika padi itu tumpah, maka pekerjaan mereka itu tidak akan pernah siap namun jika sebaliknya, seluas manapun tanah tersebut, kerja-kerja mereka dapat disiapkan. Ketika musim menuai pula, mereka tidak boleh bersiul atau membuat bising kerana menurut kepercayaan mereka, bakul berisi padi yang dituai tidak akan penuh. Berikut merupakan proses menghasilkan Bare Dayeh.
Kaedah penyediaan :
1. Proses menebas rumput di kawasan pertanian.
- Selalunya penduduk kampung sering melakukan aktiviti ini secara beramai- ramai.
- Mereka bergerak pada awal pagi dan saling menunggu antara satu sama lain untuk sama-sama bergerak ke kawasan pertanian.
- Menurut informan, proses ini mengambil masa 1 minggu dan bergantung kepada saiz kawasan tersebut.
2. Proses menebang pokok.
- Apabila kawasan bawah pokok sudah bersih, maka proses menebang akan dilakukan.
- Menurut informan, proses ini mengambil masa 1- 2 minggu.
3. Proses pembakaran.
- Pokok-pokok yang ditebang akan dibakar.
- Selepas 2 minggu, petani akan menjenguk kawasan tersebut dan jika terdapat kawasan yang tidak terkena api, maka mereka akan menggumpulkan semula arang-arang kayu ke ke kawasan tersebut untuk dibakar semula.
4. Proses nugal
- Padi akan ditabur ke dalam tanah yang berlubang kecil yang telah ditombak.
5. Proses Menuai
- Proses menuai juga dilakukan bersama-sama seperti proses-proses sebelum ini.
- Padi yang sudah dituai akan disimpan didalam guni sebelum proses seterusnya.
6. Proses memisahkan padi dari tangkai
- Padi akan dihentak untuk memisahkannya dari tangkainya.
7. Proses menjemur padi
- Padi akan dijemur dibawah matahari sebelum diproses menjadi beras.
- Jangka masa proses ini tidak dapat dianggarkan kerana bergantung pada keadaan cuaca.
- Jika cuaca panas lebih panjang, maka masa yang diperlukan adalah sekejap untuk proses penjemuran.
8. Proses menumbuk padi
- Sebelum padi ditumbuk, Informan mengatakan bahawa padi tersebut harus dibasahkan terlebih dahulu agar lembut dan tidak pecah.
- Hasil pertama dari padi pertama tersebut akan dikongsi makan bersama dengan penduduk kampung yang lain mengikut giliran.
3. Pangkang ( Nasi Pulut Dalam Buluh )
Sumber : I Love Bidayuh. ( 2020, 26 April ).https://web.facebook.com/pg/I-Love-B
idayuh-425432280943109/photos/?ref=page_internal[ Kemas kini Facebook ]
Pangkang merupakan sejenis makanan yang dimasak dalam buluh yang bersaiz kecil diisi dengan beras pulut kemudian dimasukkan sedikit air. Informan berpendapat bahawa Pangkang mempunyai rasa yang unik kerana dimasak dalam buluh yang merupakan sumber keunikan makanan ini dimana aroma daripada buluh tersebut memberi rasa yang sedap. Pangkang dihidangkan ketika perayaan seperti Hari Gawai dan kini dihidangkan ketika sambutan lain seperti Hari Jadi dan sebagainya. Selain itu, makanan ini juga dikatakan dihidangkan kepada roh-roh berserta dengan makanan-makanan lain seperti Kueh Jala sebagai persembahan kepada roh-roh tersebut. Berikut merupakan bahan-bahan dan langkah-langkah penyediaan Pangkang.
Bahan-bahan :
- Pasa ( Buluh kecil )
- Bare Purut ( Beras pulut )
- Uhang ( Kayu api )
- Umo ( Air )
Kaedah penyediaan :
1. Bersihkan Buluh Kecil yang diambil dari hutan.
2. Masukkan Beras Pulut yang sudah dicuci beserta sedikit Air untuk memastikan nasi tidak keras dan mentah.
3. Buluh Kecil yang diisi dengan Beras Pulut dipanggang diatas bara api dengan keadaan yang berdiri tetapi condong.
4.Apabila Pangkang sudah cukup masak, tunggu sehingga sejuk kemudian kikiskan bahagian luar buluh yang terbakar dan hitam sehingga nampak bersih dan sedia dihidangkan.
4. Kueh Lapung ( Kueh Jala )
Sumber : I Love Bidayuh. ( 2015, 4 Mac ).https://web.facebook.com/pg/I-Love--425432280943109/photos/?ref=page_internal [ Kemas kini Facebook ]
Kueh Lapung merupakan antara makanan yang terkenal dalam kalangan masyarakat ini dan juga dihidangkan sebagai persembahan kepada roh beserta dengan Pangkang. Walaubagaimanapun, menurut informan, makanan ini juga mempunyai pantang larang dalam penyediaannya iaitu Kueh Lapung ini tidak akan menjadi jika ada orang datang menjenguk dan bertanya ketika proses penyediaannya. Jika terjadi, maka Kueh Lapung tersebut tidak akan berhasil, keras atau tidak sedap serta kerja yang tidak pandai habis. Informan memberitahu bahawa waktu awal pagi ketika orang lain masih tidur merupakan masa yang paling sesuai untuk menyediakan Kueh Jala agar tiada orang yang datang menjenguk. Tempurung kelapa sebagai acuannya juga memerlukan kepakaran dalam pembuatannya. Berikut merupakan bahan-bahan dan kaedah menyediakan Kueh Lapung
Bahan-bahan:
- Tapung Bare ( Tepung Beras ) [ 500g ]
- Umo ( Air ) [ Secukupnya ]
- Santan Kelapa [ 2 biji kelapa tua ]
- Lawak ( Tempurung Kelapa Tua )
- Lamak ( Minyak Masak )
Kaedah penyediaan :
1. Masukkan Tepung Beras ke dalam besen.
2. Masukkan air Santan kemudian masukkan Air. ( Pastikan adunan tidak terlalu cair )
3. Panaskan minyak.
4.Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam kuali sedikit demi sedikit menggunakan tempurung kelapa dan diketuk-ketuk supaya cairan tersebut keluar melalui lubang itu.
5. Tokoi Tanek Campur Ongkot ( Rebung Masak Siput Sedut )
Sumber : Callesia Janeta, Vincent Foo, & Maghtelda Anggul. ( 2018 ). Warna-warni Malaysia Baru. e-Folio ( Pengajian Malaysia ). Dimuat turun dari https://callesiajr.w
Tokoi ( Rebung ) Ongkot ( Siput Sedut ) merupakan antara masakan yang dianggap istimewa dalam kalangan masyarakat ini dimana kedua-duanya bersumberkan hutan. Menurut Informan, terdapat satu mitos atau kisah berkenaan masuk ke hutan iaitu tidak boleh berlegar ketika hari sudah petang untuk mengelakkan perkara buruk terjadi. Bagi yang takut tinggal di hutan sendirian boleh melindungi diri dengan mencabut batang pokok yang sederhana besarnya kemudian diletakkan didepan pintu masuk rumah dalam keadaan terbalik iaitu akar ke atas dan dahan ke bawah. Apabila ditanya pengkaji, informan mengatakan tujuannya adalah supaya tiada yang datang mengganggu kerana takut dan memikirkan orang di dalam rumah tersebut kuat sehingga mampu menterbalikkan pokok. Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan dan kaedah penyediaan Tokoi Tanek Campur Ongkot.
Bahan-bahan :
- Ongkot [ 1 mangkuk kecil ]
- Tokoi [ 1 mangkuk kecil ]
- Bawang Buda ( putih ) / Bidayak ( merah ) [ 3 ulas ]
- Sarai ( Serai ) [ 1 batang ]
- Gulo ( Garam
-Bijin ( Ajinomoto )
- Lamak ( Minyak masak )
- Sedikit Umo ( Air )
Kaedah penyediaan :
1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang putih / merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan pucuk rebung kemudian tumiskan sehingga hampir lembut.
3. Masukkan siput sedut dan gaulkan bersama pucuk rebung kemudian masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.
4.Masak selama 2 minit sehingga air mendidih agar siput sudut tidak mengecut kemudian sedia dihidang.
6. Sup Payu ( Sup Rusa )
Sumber : Informan
Informan menekankan aspek pantang larang ketika masuk hutan mencari binatang untuk dijadikan makanan seperti Payau, Landak dan sebagainya. Menurut informan, jika masuk ke hutan dan terdengar bunyi orang memanggil bunyi “ooohh!” sekali, jangan peduli sehingga bunyi itu berulang untuk membuktikan bahawa itu adalah manusia. Berikut merupakan bahan-bahan dan kaedah penyediaan Sup Payu.
Bahan-bahan :
- Sarai ( Serai )
- Bawang Buda ( Putih )
- Daging Payu ( Rusa )
- Gulo ( Garam )
- Bicin ( Ajinomoto )
- Umo ( Air )
Kaedah penyediaan :
1. Potong daging Rusa saiz dadu.
2. Masak air sehingga mendidih dalam kuali.
3. Masukkan daging ke dalam kuali beserta bawang putih dan serai.
4. Masukkan garam dan ajinomoto masak sehingga daging lembut kemudian sedia dihidangkan.
7. Songkoi Tungkus ( Nasi Bungkus )
Sumber : Kamek Miak Sarawak. ( 2020, 16
bidayuhtahukah-anda-sungkoi-tungkus-adalah-nasi-yang/1503518493144918/?_rdc=1&_rdr [ Kemas kini Facebook ]
Songkoi Tungkus merupakan nasi yang dibungkus didalam daun. Songkoi Tungkus biasa dihidangkan sewaktu perayaan dan merupakan makanan tradisional Bidayuh Serian yang diwarisi sejak turun temurun. Proses penyediaan Songkoi Tungkus dilakukan secara bergotong-royong dan tidak semua orang yang mahir membungkusnya. Selain dihidangkan sewaktu perayaan, Songkoi Tungkus juga sering dibawa ke Huma atau kebun sebagai bekalan kerana senang dibawa dan ringan serta senang dibuang oleh kerana sifat mesra alamnya itu. Berikut merupakan bahan-bahan dan langkah-langkah penyediaan Songkoi Tungkus.
Bahan-bahan :
- Daun Simpor. [ 10 keping ]
- Bare ( Beras ) [ 4 kong kecil ]
- Umo ( Air ) [ 4 kong kecil ]
Kaedah penyediaan :
1. Masukkan beras dalam periuk nasi/periuk belanga ( sekiranya dalam kuantiti yang banyak ) dan cuci.
2. Kemudian masukkan air dan masak nasi tersebut sehingga masak.
3. Bersihkan daun ( lap/cuci).
4. Ambil sekeping daun Simpor kemudian terbalikkannya, bahagian luar daun di bawah dan bahagian dalam diatas kemudian masukkan nasi dalam kuantiti yang diinginkan dan lipat.
Penutup
Kajian ini dilaksanakan untuk mengumpul, menganalisis dan merumuskan tentang makanan tradisional masyarakat Bidayuh Serian. Pengkaji telah mengenalpasti dan memilih kaum Bidayuh Serian dalam mengkaji makanan tradisional masyarakat tersebut. Pengkaji telah meneliti daripada pelbagai aspek seperti pantang larang tentang makanan tersebut, bahan yang digunakan dalam sesuatu masakan, kaedah penyediaan makanan tersebut dan sebagainya. Data atau maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber telah dianalisis. Makanan tradisional masyarakat Bidayuh Serian terdiri daripada pelbagai jenis. Resipi makanan tradisional masyarakat Bidayuh Serian adalah resipi turun-temurun. Resipi masakan tersebut telah diperturunkan oleh nenek moyang dan telah diwarisi oleh generasi sekarang. Pada masa ini, pelbagai kaedah telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk memperkenalkan kepelbagaian makanan tradisional Bidayuh Serian kepada orang luar. Sebagai contohnya, masyarakat tersebut memperkenalkan makanan tradisional mereka melalui aktiviti perniagaan. Inisiatif ini mampu membantu dalam memperkenalkan tentang makanan tradisional mereka.
Dalam kajian ini juga, pengkaji mendapati makanan tradisional masyarakat Bidayuh Serian mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pengkaji mendapati makanan tradisional Bidayuh Serian mampu memperlihatkan budaya mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana budaya mampu mempengaruhi etnik dan kebiasaan makanan sesebuah kaum. Sebagai contohnya, masyarakat tersebut mempunyai makanan khas iaitu makanan yang unik yang tidak terdapat di daerah lain dan citarasa makanan diterima oleh masyarakat tersebut. Menurut Rahman (2017), setiap golongan etnik umumnya menyukai rasa, tekstur dan aroma makanan etnik mereka sendiri. Namun begitu, generasi pada zaman moden ini semakin alpa tentang makanan tradisional. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka semakin tertarik dengan makanan masyarakat luar dan bukannya tertarik dengan makanan tradisional. Oleh itu, pengkaji tertarik untuk melakukan kajian tentang makanan tradisional Bidayuh Serian untuk diperkenalkan kepada masyarakat itu sendiri dan kepada orang luar.
RUJUKAN
Chong, S.J, Ong, X.R, Dillon Leong, L.Z, Than, T.H, & Apple Goh, L.P. ( 2016 ). Makanan tradisional masyarakat bidayuh. Dimuat turun darihttps://prezi.com/tpor
I Love Bidayuh. ( 2015, 7 Februari ).https://web.facebook.com/pg/I-Love-Bidayuh-42
5432280943109/photos/?ref=page_internal [ Kemas kini Facebook ] Dimuat turun darihttps://web.facebook.com/425432280943109/photos/a.425569074262763/516138731872463/?type=3&theater
I Love Bidayuh. ( 2015, 4 Mac ).https://web.facebook.com/pg/I-Love--4254322809431
09/photos/?ref=page_internal [ Kemas kini Facebook ] Dimuat turun dari https://web.facebook.com/425432280943109/photos/a.425569074262763/44312421840582/?type=3&theater
I Love Bidayuh. ( 2017, 13 Januari ).https://web.facebook.com/pg/I-Love-Bidayuh-42
5432280943109/photos/?ref=page_internal [Kemas kini Facebook ] Dimuat turun dari https://web.facebook.com/425432280943109/photos/a.425569074262763/7408
I Love Bidayuh. ( 2020, 26 April).https://web.facebook.com/pg/I-Love-Bidayuh-4254
32280943109/photos/?ref=page_internal [ Kemas kini Facebook ] Dimuat turun
Itawrah. ( 2012-2020 ). 17 makanan tradisional kaum bidayuh ramai tak tahu. Saji.my. Dimuat turun dari https://saji.my/makanan-tradisional-bidayuh/#
Jehom, W. J. ( 2002 ). Ethnic pluralism and ethnic relations in Sarawak. Akedemia journal of southeast asia social sciences and humanities, 61(1), 53-70. http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/2932/1866
Kamek Miak Sarawak. ( 2020, 16 Februari ).https://web.facebook.com/KMSUpdate/
-nasi-yang/1503518493144918/?_rdc=1&_rdr [ Kemas kini Facebook ] Dimuat turun dari https://web.facebook.com/KMSUpdate/photos/pcb.1503518493144918/15035188
Komplikasi 25 resepi Sajian Sarawak Berasaskan Beras. ( 2020 ). Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia : Padiberas Nasional Berhad. Dimuat turun dari
Lyndon, N., Mohammad Reevany Bustami., Gapor, S. ( 2011 ). Persepsi kualiti hidup komuniti Bidayuh: Kajian perbandingan antara peserta dan bukan peserta program (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat) di Daerah Serian, Sarawak.
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian journal of society and space, 7 ( 5 ). 91-104.
Mohd,S.A, & Azima,A.M. ( 2014 ). Peri pentingnya pemilikan tanah adat yang diiktiraf : memahami keperluan komuniti Bidayuh Serian, Sarawak. Journal of society and space, 10 (6), 171-178. Dimuat turun dari http://ejournals.ukm.my/g
Syafiq Akmal Kasimun@Katmon. ( 2014 ). Komuniti Bidayuh Serian, Sarawak: memahami keperluan pemilikan tanah adat yang diiktiraf. Prosiding persidangan
Kebangsaan ekonomi Malaysia ke-9, 712-718. http://www.ukm.my/fep/perkem/pd
Comments