gambar sebagai hiasan
gambar sebagai hiasan
Etnik Bidayuh yang dikenali sebagai Land Dayak merupakan etnik dayak kedua terbesar selepas etnik Iban di Sarawak. Seperti kebanyakan etnik-etnik di Sarawak, kaum Bidayuh juga tidak pernah kurang dengan pantang larang yang menghiasi kehidupan seharian mereka. Walaupun penghidupan sekarang banyak dipengaruhi oleh kehidupan yang serba serbi moden namun ada sesetengah pantang larang itu masih lagi dikekalkan dan diamalkan mengikut kepercayaan nenek moyang mereka suatu waktu dahulu. Antara pantang larang kaum Bidayuh yang kami kaji adalah ketika dalam hutan, ketika memasuki rumah panjang, kematian dan bersalin.
PANTANG LARANG KAUM BIDAYUH DI SARAWAK :
sumber internet
1) Hutan
Mengikut kepercayaan kaum bidayuh, ketika di dalam hutan, mereka dikehendaki untuk meletakkan sehelai daun di sisi kepala (atas telinga) sekiranya hujan panas. Selain itu, terdapat pantang larang untuk mereka yang tidak pernah masuk ke dalam hutan tersebut, mereka dikehendaki untuk sapu tanah di dahi. Dalam pada itu, masyarakat kaum bidayuh ini juga mempunyai pantang larang di dalam hutan iaitu perlu meminta kebenaran terlebih dahulu ketika hendak kencing di dalam hutan dan tidak boleh kencing secara sembarangan. Seterusnya, mereka tidak boleh bermain sembunyi -sembunyi di dalam hutan.
sumber internet
2) Kematian
Terdapat juga pantang larang yang dipercayai dan diamalkan oleh masyarakat kaum bidayuh ini. Apabila kematian berlaku, ahli keluarga si mati akan menggunakan kain hitam di mana sehelai kain berwarna hitam akan digunting dan digulung untuk dijadikan gelang. Gelang ini akan digunakan selama 7 hari sebagai tanda menghormati si mati, manakala ada juga masyarakat kaum bidayuh ini akan menggunakannya selama 40 hari sebagai tanda berkabung. Namun, yang wajib adalah 7 hari. Selain itu, mereka juga akan berjaga selama 7 hari dan semua lampu di dalam rumah mesti dihidupkan sepanjang durasi ini dan tidak boleh bergelap serta kucing perliharaan dikurungkan untuk mengelak kucing tersebut melangkah mayat.
sumber internet
Burung bubut
Seterusnya, terdapat kepercayaan masyarakat kaum bidayuh yang percaya seekor burung adalah petanda adanya kematian bakal berlaku. Burung ini dipanggil burung bobot (burung bubut). Burung bobot atau lebih dikenali sebagai burung bubut ini digelarkan berasaskan kepada bunyinya yang mungkin sama dengan gelaranya iaitu "but-but". Burung bubut ini dipercayai ia akan berbunyi tidak jauh daripada rumah orang yang bakal meninggal dalam sehari atau dua sebelum meninggal dunia.
sumber internet
3) Rumah panjang
Gambar di atas merupakan rumah panjang Annah Rais Bidayuh di Padawan Kuching Sarawak. Masyarakat kaum bidayuh ini juga mempunyai pantang larangnya sebelum dan semasa memasuki rumah panjang. Sebelum memasuki rumah panjang, seseorang pengunjung tidak dibenarkan memasuki kampung secara sesuka hati tanpa meminta kebenaran dari ketua kampung atau ketua rumah panjang. Sekiranya pengunjung mempunyai kenalan di kampung tersebut, beliau tidak perlu berjumpa dengan ketua kampung terlebih dahulu sebaliknya terus menuju ke rumah panjang yang hendak dituju. Selain itu, seseorang yang mengunjungi rumah panjang tidak dibenarkan terus naik tanpa perlawaan daripada ketua rumah panjang tersebut. Seterusnya, semasa berada di rumah panjang, perbuatan duduk menjalar kaki adalah tidak digalakkan sebaliknya seseorang tersebut hendaklah duduk bersila untuk menghormati ketua rumah panjang tersebut.
sumber internet
4) Semasa mengandung
Terdapat juga pantang larang yang dipercayai dan diamalkan oleh masyarakat kaum bidayuh ini. Ketika sarat mengandung, si bakal ibu tidak boleh duduk di tangga atau membuat kerja yang berat. Manakala si suami dinasihatkan tidak boleh sesuka hati membunuh binatang kerana takut disumpah sehingga memudaratkan anak yang dalam kandungan. Si suami juga tidak boleh membuat kerja pertukangan kerana ianya dikatakan boleh menyebabkan kecacatan dalam anak yang dikandung.
sumber internet
5) Selepas bersalin
Selepas bersalin, pemotongan tali pusat harus dilakukan dengan tertib malah uri harus disimpan sehingga kering dan disimpan sebaik mungkin oleh keluarga tersebut.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak pantang larang kaum Bidayuh yang diketahui oleh pengkaji. Hal ini demikian kerana kaum Bidayuh mempunyai pelbagai cabang seperti Bidayuh Biatah, Bidayuh Serian, Bidayuh Bau yang memiliki pantang larang yang hampir sama. Ini merupakan salah satu tarikan pengkaji untuk mengkaji pantang larang kaum Bidayuh di Sarawak. Pengkaji berharap agar pantang larang ini akan diamalkan secara berterusan dan tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
Rujukan:
dimuat turun daripada
dimuat turun daripada
dimuat turun daripada
dimuat turun daripada
Kami sedang menjalankan kajian tentang pantang larang masyarakat kaum bidayuh. Dengan rumusan dan cadangan dalam mengekalkan budaya kaum bidayuh, kami harap tuan dan puan dapat membantu mengisi borang google form ini.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfUFpAOrf_VO1wwNApf918rcuVMdFLN-US0xQ6Y_3rs9_1CkQ/viewform?usp=pp_url
Comments