BARUK
Baruk
Sumber: Borneo Post
1. Pengenalan
Baruk digambarkan sebagai ibu pejabat tradisional, tempat pertemuan, tempat tinggal orang bujang, tempat ritual dan lain-lain lagi. Baruk pertama di Sarawak dipercayai dibina di kampung Opar di Bau (wilayah barat Sarawak) setelah wabak penyakit yang meragut nyawa anak-anak mereka. Baruk kemudian dibina menggunakan kayu berlian dan kapur sebagai tempat mereka berbincang penyelesaian untuk wabak. Melalui proses penambahbaikan, baruk perlahan berkembang menjadi struktur yang lebih komplek untuk menjadi salah satu bentuk yang paling dikenali yang telah dicontohi oleh para seni bina pada zaman moden ini. Baruk yang juga disebut sebagai pangah, balu dan pangaran dalam dialek yang berbeza, juga dikenali secara meluas oleh pemerhati barat sebagai rumah utama seperti tengkorak manusia tamadun kepala diletakkan di atas perapian ditengah-tengah dewan dengan hormat. Selain dari tengkorak, Baruk juga merupakan tempat alat muzik tradisional terutamanya gendang yang disebut sebbang (digunakan untuk upacara tertentu) disimpan. Kaum bidayuh percaya bahawa tengkorak manusia adalah simbol untuk menanamkan keberanian dan kewaspadaan di kalangan belia dalam mepertahankan kampung mereka.
2. Pembinaan baruk
Baruk Opar
Sumber: Bombastic Borneo
Baruk lebih seperti sebuah kuil yang dianggap suci yang tidak dapat dimasuki oleh siapa pun dan tidur di dalamnya tanpa memberi kebenaran daripada ketua kampung.
Baruk sering dibina secara strategik di tengah-tengah kampung, yang mencerminkan daya tarikan institusi dan menonjolkan kepentingannya. Pembinaan baruk akan dilakukan oleh lelaki Bidayuh yang belum berkahwin melalui usaha kolektif.
Walaupun keputusan untuk mendirikan baruk ditolak oleh hanya seorang anggota masyarakat, projek ini akan dihentikan untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk kampung.Jika sebaliknya maka ini akan membawa musibah ke kampung itu sendiri, yang pada gilirannya mungkin menimpa tanaman tahunan mereka dan memberi kesan buruk kepada aspek kehidupan mereka yang lain.
Tapak pembinaan mesti berada di lokasi yang strategik dengan keadaan tanah yang baik, yang akan dipilih oleh dukun. Larangan tertentu adalah dikenakan pada setiap aspek sepanjang proses. Doa dan ritual disertai dengan kebanyakan tindakan di proses pembinaan dari peringkat awal hingga selesai. Ia melalui berkat dari roh yang baruk akhirnya dapat didirikan dengan jayanya.
Orang-orang Bidayuh tradisional percaya bahawa komunikasi dari burung omen adalah bentuk peringatan di keadaan tertentu. Sekiranya seekor burung terdengar memanggil ketika mereka sedang berburu, itu adalah tanda bahawa mereka harus pulang ke rumah. Mematuhi tanda-tanda ini dari burung dapat mencegah pertanda buruk yang biasa dilihat replika burung omen ini diletakkan di puncak bumbung baruk.
3. Fungsi
Pada masa dahulu, Baruk berfungsi sebagai rumah adat, rumah kepala, rumah perlindungan, rumah rehat, rumah mesyuarat atau rumah pengadilan. Namun begitu, setelah kedatangan agama Kristian yang melarang amalan ritual dan penyimpanan tengkorak, Baruk kini digantikan dengan balai raya. Hubung kait yang ketara antara baruk dan balai raya hanyalah dari segi acuan seni bina bangunan. Terdapat beberapa Baruk yang masih ada pada hari ini dijadikan rumah galeri warisan atau produk pelancongan.
Kaedah pengekalan Baruk atau seni bina Baruk
a. Menerapkan seni bina moden dengan ciri-ciri baruk
Contoh: Masjid Daerah Serian , Dewan Masyarakat Tebedu
b. Menjadikan Baruk yang sedia ada sebagai produk pelancongan
Contoh: lawatan ke Baruk di Bau
c. Pameran
Contoh: menyediakan prototaip Baruk dengan maklumat-maklumat Baruk di kawasan lain
d. Media massa
Contoh: Menyiarkan seni bina baruk moden di televisyen, menceritakan kisah baruk zaman dahulu di radio oleh orang yang arif tentang baruk, memperkenalkan baruk kepada semua masyarakat di luar mahupun dalam negara di facebook, Instagram dan lain-lain media sosial tentang baruk.
e. Seni Visual
Contoh: menghasilkan lukisan menggunakan bahan kontemporari iaitu tradisional atau alam yang mengekalkan identiti Bidayuh. Generasi muda digalakkan menceburi bidang ini dengan itu dapat memperkenalkan warisan budaya.
f. Badan kerajaan dan swasta
Contoh: mendokumentasikan penyelidikan seperti penulisan, fotografi, videografi serta yang berkaitan. Memperbanyakkan program atau aktiviti mengenai masyarakat peribumi di peringkat sekolah, bandar dan kawasan kampung.
4. Seni Bina Baruk
Seni bina Baruk sangat unik dan merupakan keagungan yang dapat dilihat pada fungsi, keunikan dan konsep yang hanya dimiliki oleh masyarakat Bidayuh sahaja. Baruk melambangkan identiti masyarakat Bidayuh sebagai sekumpulan masyarakat. Menurut Tugang, N, et al. (n.d), keunikan Baruk dapat dilihat daripada seni binanya iaitu berbentuk bulat, bertiang 20 kaki tinggi, mempunyai serambi, ruang dalaman yang bulat yang luas, berdinding papan, berlantai papan kayu, beratap nipah kering, tingkap yang diperbuat daripada kayu, bilik tidur, bilik mandi dan ruang penyambut tetamu serta terdapat tengkorak manusia pada siling. Baruk ini hanya akan dibina oleh golongan tertentu sahaja terutama kaum lelaki yang belum berkahwin. Kaum lelaki yang belum berkahwin tersebut akan membuat Baruk secara bergotong- royong.
5. Kesimpulan
Baruk merupakan satu bangunan warisan yang melambangkan identiti masyarakat Bidayuh. Hal ini demikian kerana baruk tidak terdapat dalam kaum lain di Sarawak. Walaupun baruk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan bilangannya pula semakin berkurangan, namun masih terdapat kampung yang mahu mengekalkan seni bina baruk. Pembinaan baruk pada zaman moden adalah menggunakan konkrit kerana lebih kukuh serta tahan. Bangunan baruk yang ada pada hari harus dikekalkan untuk generasi akan datang.
RUMAH PANJANG
Rumah panjang
sumber: Projek Travel
1. Pengenalan
Seperti yang kita ketahui Sarawak sangat terkenal dengan rumah panjang yang didiami oleh suku kaum Bidayuh, Iban, Orang Ulu dan Melanau. Semua suku kaum di Malaysia mempunyai ikatan rohani yang kuat dengan hutan hujan. Suku kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan Melanau di Sarawak menjalankan aktiviti menanam padi, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, memburu, menternak dan menangkap ikan. Rumah panjang simbol merupakan utama kehidupan bermasyarakat di Sarawak. Menurut Jabatan Muzium Sarawak (2020), terdapat lebih 4500 buah rumah panjang di Sarawak. Kebanyakan rumah panjang dibina berhampiran sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana sungai merupakan laluan utama bagi masyarakat Bidayuh, Iban, Orang Ulu dan Melanau. Menurut My Metro (2017), kebiasanya rumah panjang yang didiami oleh suku kaum ini mempunyai bilik untuk keluarga yang berjumlah antara 20 hingga 80 bilik. Setiap rumah panjang boleh menempatkan antara 200 hingga 800 orang. Rumah panjang adalah tradisi kaum Bidayuh, Iban, Orang Ulu dan Melanau di Sarawak yang terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah. Rumah panjang kaum Bidayuh mempunyai ciri-ciri dan keistimewaannya tersendiri dari segi keselamatan dan kebudayaan. Seni bina rumah rumah panjang juga dikaitkan dengan dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing tanpa dipengaruhi masyarakat luar. Ternyata kaum Bidayuh mempunyai banyak keunikan serta keistimewaannya yang tersendiri dari segi seni bina rumah panjang mahupun baruk.
2. Struktur dan seni bina rumah panjang
Menurut My Metro (2017), dalam proses pembinaan Rumah panjang mereka menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian untuk dijadikan sebagai tiang. Manakala bumbungnya diperbuat daripada daun rumbia dan jenis daun yang tebal. Selain itu, dinding rumah panjang pula diperbuat daripada kulit kayu seperti buluh yang dikelar serta dibelah. Sementara itu, lantainya pula diperbuat menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik.
Selain itu, dalam rumah panjang mempunyai 3 ruang utama iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), awah (ruang terbuka) dan bilik utama. Bagi suku kaum Bidayuh lazimnya mereka meletakkan barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka termasuk gong, tempayan, serta tembikar di dalam bilik. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur. Manakala awah pula merupakan bahagian pelantar di luar rumah panjang dan lazimnya bertutup dan beratap. Ianya dapat disamakan dengan beranda rumah pada hari ini. Di ruang awah suku kaum Bidayuh menjalankan aktiviti harian mereka seperti berbual, membuat peralatan dan bertani. Malah ruang awah juga digunakan untuk kegunaan sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta tertentu termasuk pesta Gawai. Seterusnya, Tanju pula merupakan ruang atau bahagia terbuka. Ruang itu digunakan sebagai tempat untuk menjemur hasil tuaian seperti lada, padi dan jagung.
3. Kaedah pengekalan
Antara kaedah pengekalan rumah panjang adalah dengan menjadikan rumah panjang sebagai produk pelancongan. Lawatan ke rumah panjang bukan sahaja dapat memperkenalkan seni bina rumah panjang kepada generasi muda, malah dapat juga memajukan industri pelancongan di negeri Sarawak. Sebagai contoh, Rumah Panjang Annah Rais yang terkenal dalam kalangan pelancong kerana diishytiharkan sebagai kampung budaya yang menyediakan pakej lawatan dan penginapan. Selain itu, seni bina rumah panjang juga dapat dipelihara dengan menggalakkan penghuni rumah panjang untuk mengekalkan keaslian rumah panjang dan juga menggalakan anak-anak mereka mewarisi rumah panjang mereka sendiri. Meskipun pada zaman moden ini, ramai generasi baru tinggal di bandar, namun haruslah digalakkan untuk pulang ke kampung sekurang-kurangnya semasa perayaan agar anak-anak mereka dapat melihat sendiri keindahan seni bina rumah panjang ini. Seterusnya, seni bina rumah panjang juga dapat dikekalkan dengan cara mengadakan pameran seni. Prototaip rumah panjang juga dapat dibuat untuk memperkenalkan seni bina rumah panjang kepada generasi muda atau pelancong dalam dan luar negara yang tidak pernah melihat rumah panjang secara langsung sebelum ini.
4. Kesimpulan
Rumah Panjang merupakan warisan budaya bukan sahaja kaum Bidayuh, malah kaum Iban, Melanau dan Orang Ulu di negeri Sarawak. Oleh itu, generasi muda yang merupakan waris kepada tradisi ini haruslah mengekalkan pembinaan rumah panjang mereka meskipun pada zaman moden ini rumah panjang dibina dengan konkrit, keaslian seni binanya haruslah dikekalkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, rumah panjang ini tidak pupus dan generasi baru boleh melihat keindahan rumah panjang ini dengan mata sendiri.
Rujukan
Atar, S., Ansely, A., & Bala, B. (n.d.). FUNGSI DAN CABARAN BARUK SEBAGAI WARISAN BUDAYA BIDAYUH. Retrieved July 08, 2020, from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/840
Dayak daily (n.d.). Rumah Panjang Annah Rais cecah usia 200 tahun, ikon kebanggaan masyarakat Bidayuh. Retrieved July 22, 2017, dipetik dari https://dayakdaily.com/rumah-panjang-annah-rais-cecah-usia-200-tahun-ikon-kebanggaan-masyarakat-bidayuh/
Jom meriahkan Festival Bung Bratak pada 1 Mei. (2019, April 23). Retrieved July 08, 2020, from https://www.utusanborneo.com.my/2019/04/23/jom-meriahkan-festival-bung-bratak-pada-1-mei
My Metro (2017). Rumah Panjang Identiti Sarawak. Retrieved January 17, 2017, from https://www.hmetro.com.my/node/197071
Portal Rasmi Jabatan Muzium Sarawak (n.d), Model Rumah Panjang. Retrieved June 14, 2020, from https://museum.sarawak.gov.my/page-0-137-113-Model-Rumah-Panjang.html
Tugang, N., Kamil, M, H., Azman, M, M, S., Bulyan, N., Sabran, D, N., & Mustaffa, N, A. (n.d). Kontemporari Baruk Di Sarawak. Retrieved July 08, 2020, from https://www.academia.edu/39175893/Kontemporari_Baruk_Di_Sarawak
Yunus, M. (n.d.). RUMAH PANJANG BIDAYUH DI MONGKOS: HOMESTAY POPULAR SARAWAK. Retrieved July 08, 2020, from http://www.projektravel.com/2015/08/rumah-panjang-bidayuh-di-mongkos.html
Zaini, A, I, Karsono, B, Hasim & Sulong, A, H, A. (2018).
From sacred to secular: Baruk architecture on secular buildings in
Sarawak. Retrieved July 01, 2020, from https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1755-1315/213/1/012043
Link borang soal selidik mengenai Baruk dan Rumah Panjang
https://docs.google.com/forms/d/1sNc-2m_X1v1SNOfIkQVNMPzc0r4390hLTNbTRWNs4K0/edit?usp=sharing
Comments