top of page

Perayaan Gawai Padi Bidayuh

Updated: Jul 8, 2020


sumber: Google Image



pengenalan


Suku Kaum Dayak (Bidayuh)


Suku kaum Dayak terbahagi kepada dua iaitu Dayak Laut atau Sea Dayak dan Dayak Darat yang lebih dikenali sebagai Land Dayak. Istilah ini digunakan bagi membezakan antara masyarakat Bidayuh (Land Dayak) dan juga masyarakat Iban (Sea Dayak). Dalam kajian ini pengkaji memfokuskan berkenaan dengan suku kaum Bidayuh.
Kehidupan masyarakat Bidayuh sangat berkait rapat dengan padi. Hal ini kerana, padi adalah satu sumber ekonomi serta merupakan pembentukan corak kehidupan mereka. Bukan itu sahaja, kaum Bidayuh mempunyai ciri-ciri penempatan tanah yang subur. Oleh hal demikian, budaya dan kehidupan mereka sangkat berkait rapat dengan budaya padi dan diserpa sebagai kesenian budaya kaum Bidayuh


Suku kaum Bidayuh merupakan suku kaum yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya di Bahagian, Kuching, Daerah Serian, Bau. Antara sub-sub suku masyarakat Bidayuh ialah:
1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)
2. Jagoi/Singai (Daerah Bau)
3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)
4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)
5. Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau)

Bidayuh Jagoi


Bidayuh Jagoi berasal dari Gunung Bratak iaitu merupakan tempat asal masyarakat Bidayuh yang berpindah dari Sungkung Kalimantan Barat. Seterusnya, sekitar tahun 1838, Bidayuh Jagoi berpindah dari Bung Bratak ke Gunung Jagoi. Gunung jagoi mempunyai ketinggian dalam 1,162 kaki dari aras laut. Oleh hal demikian mereka dikenali sebagai Bidayuh Jagoi “orang-orang Gunung Jagoi’.

PERAYAAN GAWAI BIDAYUH


Antara sambutan gawai yang sering di dengar dalam komuniti kaum Bidayuh ialah Gawea Podi/Umoh, Gawea Tubi Bauh, Gawea Sowa Bauh dan Gawea Sopid/Oran
Gawea Podi/Umoh atau dikenali sebagai Gawai Padi disambut atas dasar memohon berkat ‘Ieng Topa’ (Tuhan) atas kesyukuran benih padi dan memohon keberkatan atas tanah agar subur supaya tidak dilanda kemarau dan banjir.
Gawea Tubi Bauh pula dirayakan untuk memohon berkat atas kebenaran kepada penduduk untuk menuai padi yang sedang menguning
Kepercayaan masyarakat Bidayuh, ritual ini wajib dilakukan untuk mengelakan penduduk sakit apabila memakan hasil tanaman tersebut.
Gawea Sowa Bauh pula merupakan perayaan yang disambut oleh suku kaum Bidayuh secara besar-besaran sebagai tanda kesyukuran setelah selesai musim menuai padi dan bermula tahun penanaman padi yang baru. 
Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan Gawea Sowa Bauh.
    

Gawai Padi

1. merupakan satu perayaan atau upacara penuaian padi tahunan yang disambut dan dilakukan bagi mengucapkan terima kasih kepada semangat padi iaitu I’eng podi
2. Gawai Padi bukan sekadar satu ritual tetapi terdapat tujuh rangkaian ritual : 
  -Pertama sekali dilakukan sebelum proses menanam padi dan berterusan sepanjang musim penanaman. 
  -Ritual terakhir berubah menjadi perayaan kepada masyarakat jika dapat hasil yang baik. 
3. sebanyak 15 ritual dijalankan yang dikenali sebagai Nyigar dan menyanyikan lagu-lagu mistik seperti Ayun Bolih.
4. dua ritual utama dalam Gawai Padi iaitu Nyigar Nguguoh dan Nyigar Bilamak

Persiapan Ritual Dalam Gawai Padi

1.terdapat dua kumpulan yang duduk berpusing-pusing dan sambil bersuara iaitu :
 -terdiri daripada tua gawai dan lelaki dewasa di kampung menggunakan pakaian jubah putih dengan serban berwarna warni di kepala 
 -terdiri daripada ahli-ahli pendeta (Pinyigar dan Pinguguoh) dan pendeta (Dayung Bolih) menggunakan penutup tengkorak berwarna warni, jubah hitam bersulam dan kain brokat yang ada motif tradisional.
2. mezbah disediakan untuk persembahan dewa dan dewi. Diperbuat daripada buluh-buluh dan dihiasi dengan barangan tradisional seperti sirih, anggur beras tembakau, beras pulut dan babi hutan yang baru dimasak. 
3. Gong dan gendang disediakan di kawasan beranda rumah untuk dimainkan oleh penduduk berlainan usia. 
4. Rumah Adat Gawai, kayu-kayu dipasang di bahagian siling rumah. Kain putih digunakan untuk menutup kayu-kayu. Disebut sebagai “Lasang Suci” atau rumah malaikat. 
5. Sekitar jam 4.30 pagi, Tua gawai mula keluar bersama ahli lain di sekitar mezhab.
6. Lelaki berjubah putih dan wanita berpakaian cerah keluar untuk mengelilingi mezhab dengan tujuan memanggil roh dewi beras.
7. Nasi, sirih dan tembakau dibungkuskan. Wanita-wanita akan bangun dan berputar sambil pegang bungkusan. Simbolik memberikannya kepada dewi.
8. penduduk tidak dibenarkan keluar dari kampung sebelum matahari terbit. Sekiranya melanggar hukum, perkara tidak baik akan berlaku.

KESIMPULAN


    Perayaan Gawai Padi merupakan salah satu perayaan yang sangat sinonim dengan masyarakat Bidayuh. Perayaan ini telah menjadi simbolik perpaduan anak Sarawak yang berbangsa Bidayuh. Perayaan ini diharap dapat diteruskan oleh masyarakat Bidayuh terutamanya golongan muda agar tidak ditelan zaman dapat dilihat oleh generasi muda yang akan datang.

SUMBER RUJUKAN:


Darmadi, H. (2016) Dayak Asal-Usul dan Penyebarannya Di Bumi Borneo (1). Jurnal Pendidikan Sosial, 3(2), 322-340


Haqim, Z. (2016 Mei). Makna dan Sambutan Gawai bagi Masyarakat Dayak. Dimuat turun daripada https://sarawakvoice.com/2016/05/31/makna-dan-sambutan-gawai-bagi-masyarakat-dayak/


Maulana, M. (2015 November). “Langgie Pingadap” Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak. Dimuat turun daripada https://www.researchgate.net/publication/309040406_Langgie_Pingadap_Ritual_dan_Identiti_Masyarakat_Bidayuh_Bukar_Sadong_Sarawak


Sarok, A., & Peter Shamat, T. (n.d). Masyarakat Bidayuh. Dimuat turun daripada https://www.academia.edu/9229057/MASYARAKAT_BIDAYUH



Commentaires


bottom of page